Sometimes you just can’t tell anybody how much you really feel, not because you don’t know why, not because you don’t know your purpose, not because you don’t trust them. But because you never really find the right words to make them understand. And sometimes, the one who seems the strongest, is the one who is in most need of a hug.

20100830

Imma free butterfly babeh


Assalamualaikum. Hrmm, rasanya dah beberapa hari tak update blog nih. Dah tumbuh sawang agaknye.

Yeah, nak ckp am exam free now onwards! Fuh, lega giler! This mean, am finished my DIPLOMA already. Yehaaa!

For the time being, I don't really know what to do next. Either to continue study or working. Haven't decide yet. At this moment, stay kat rumah je. Maybe after eid baru plan what to do.


20100826

Tutti Fruity at night

Assalamualaikum. Semalam pegi bukak puasa kat Hartamas dgn fannie, pooi kuan, arif, lutfi and mok. Biasa biasa je lah tp agak memeranjatkan bila nak bayar. Total was RM 60++ wo!! Fuh, padahal bkn mkn pe kot, lauk biasa je pun. Giler lah! Oh, lupa pulak mkn kat Hartamas kot. Anyway, thanks arif for the breaking-fast treat :D Agak agak bila lah nak belanja lg eh since kitaorg (me, fannie, pooi kuan) pun akan separate lepas nih. Haih ;(

Next stop is Uptown Kota Damansara since none of us tak tau jln nak ke Downtown Cheras. Jln jln kat situ je almost 2hours. Fannie carik barang utk adik adik dia. Me?? Takde lah beli belah sgt. Just beli t-shirt yg I rasa agak cute.

Then, next we went to Sunway Giza. Nih first time pegi since banggunan tuh siap. Selalu pegi Dataran Sunway tp asyik tak sempat nak drop by je. Okay lah but not so me lah. I mean, tempat tuh bkn place for me to lepak lepak. Tak happening. Ke sbb bulan puasa. Then, we went to tutti fruity. Sedap giler weh! I dah mkn few times, mmg terbaik lah tp mahalnya, masyaallah! Semalam mkn pun cost us RM16. Tuh br share 3org, kalau kami beli sorang satu semalam. Walaweh, kaya tutti fruity! Tp takpe, makanan yg baik utk kesihatan mmg lah mahal sikit. Eheh.

nie lah rupanya tutti fruity yg cost kitaorg RM16!

Oh, lupa nak mention. I jumpa pelakon Dunia Baru yg pegang watak as Tajul kat tutti fruity. Handsome dgn rambut yg kemas. Maksudnya, dia dah rambut pendek.




P/S : few more days to go :(

20100823

Kau malas nanti hasil mesti gempak



Saya malas.
Malas nak study.
Esok exam saya masih lagi online, hanging around, main main.
Bukan nak study.
Bawak je notes tp haramjadah nak baca.
Nak tgk pun tak lalu.
Apa nak jadi pun tak tau.

20100818

IKEA


Assalamualaikum. Takde benda penting pun azie nak ckp just nak share satu story. Kan last entry azie ada ckp nak pegi bukak puasa dkt IKEA, so azie nak ceritalah kat entry kali nih.

So, I went to IKEA with my housemate, fannie and ming yee. Am never break fasting at IKEA before so this is my very first time lah. Oh, buffet IKEA this year tak sedap. Tuh yg some people said lah. Azie pun tak sure tp yg penting, wah, makan besar eh azie dgn fannie!


These is what fannie and me had.

the famous IKEA's meatball.

the delicious chicken wings.

the most fav one, daim cake.

new try, not bad. it's banana and blueberry muffin anyway.

and two cups of cuppucino.

teruja face, can't wait for azan. so tempting.

In other hand, still remember about bukak puasa anjuran NFC and TFC. Nah, here the details :

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & IKON REMAJA - NUBHAN & TOMOK

Masa : 4 ptg
Tarikh : 29 Ogos 2010
Tempat : Serambi Pak Engku, Tingkat 4, Wisma PKPS, Shah Alam.
Bayaran : RM 55 (dewasa), RM 35 (kanak-kanak)

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dgn KAK ADILA (NubhanFC) dan MIA (TomokFC)

20100817

Love The Way You Lie

Assalamualaikum. Hari nih azie takde mood. Tapi td sembang sembang dgn kakak kakak Nubies - kak harney and kak moon, mood dah semakin okay.

Hari nih nak bukak puasa maybe kat IKEA dgn fannie and ming yee. Early plan nak bukak puasa kat Full House tapi sorang housemate takde so postpone dulu since plan bukak puasa kat hotel dah cancel.

Meatball, nih fav lagu aku buat masa nih. Layan je eh.

20100816

Canadian pizza

Assalamualaikum. Last week nya cerita actually. Pegi sambut birthday my friend, kogila. At first nak pegi mkn Kenny Rogers tp bila tgk menu mcm tak best. Am more prefer Nando's ye kawan kawan. Lagi sedap kot.

Di sebabkan azie tak dapat call fannie (she didn't pick my phone call), maka yg ada pada hari kejadian hanya 6org - azie, aziha, hani, natiya, isnah dan birthday girl.

Dari plan nak makan dkt Kenny Rogers bertukar ke kedai pizza. Mungkin birthday girl takut mahal kot so she decided mkn pizza. Kitaorang tak mkn pizza hutt pun, kitaorang mkn pizza nih.


Okay lah, not bad. Mcm mcm kitaorang order termasuklah chicken wings, salad and garlic bread. Kenyang giler plus chocolate cake. Memang stock tak payah mkn dinner lah hari tuh!

Lepas mkn, kitaorang pegi karaoke. Alaa, bkn pegi red box pun sebab kat tempat kejadian tuh takde red box. Okay, am a bit culture shock lah that day. Azie tak pernah pegi karaoke dgn dorang kecuali hani. Agak terkejut tgk aziha dgn isnah. Ahhaha, pape pun azie enjoy hari tuh.



P/S : maaf, entry yg ringkas. berperang dgn masa.

20100815

Mari beramal jariah bersama sama


Assalamualaikum semua. Okay, straight forward je lah ye. Ada sesape yang bermurah hati nak menderma tp tak tau ke mana dan bagaimana hendak menderma?? Meh, azie tolong.

Sempena bulan puasa yg mulia nih, elok lah kita melakukan amal jariah. Oleh demikian (apasal ayat skema nih), NFC in collaboration with TFC akan mengadakan satu majlis amal. Detail akan diberitahu kemudian. Sehubungan dgn itu, azie mengalu alukan lah sebarang sumbangan berbentuk duit, barang keperluan harian mahupun pakaian dapat disumbangkan.

Jangan risau, segala sumbangan anda akan disalurkan kpd badan kebajikan yg terpilih. Sebarang pertanyaan, boleh PM azie dkt FB. Atau mereka mereka yg mempunyai phone number azie, boleh text atau call directly. Lg senang dan cepat actually.

Okay lah, nak sambung buat assignments.

Love.

20100813

Rindu Ramadhan


Assalamualaikum. Just nak ckp yg saya rindu beberapa orang rakan saya especially besties saya, eyka, wany dan ayu. Rindu nak bukak puasa dgn dorang.

Oh, tak lupa jugak rindu kat incik meatball saya. Kenapa raya nih kau tak dpt balik hah? Seriously, rindu kau meatball! Rasa lain lah sblm tidur takde msg dr kau. Selalu ingatkan aku niat awal awal sebab kau takut aku liat nak bangun sahur walaupun kau akan text aku kan. Hope you doing well, meatball. *sigh*

Dan, saya rindu kat kakak kakak Villa 217.




P/S : meatball, your last email makes me cries like a baby ;'( sedih giler weyh! kpd adik saudara yg sengal, makaseh lah sebab anda tepek muka den yg paling COMEL kat blog anda. ahahha, sayang kau gak!

20100812

Ramadhan datang lagi :D


Assalamualaikum. Sorry lama menghilang. Sgt busy ketika ini. Eh kejap, busy ke?? Eheheh. Hari nih dah masuk hari kedua umat Islam menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mcm biasa lah, jauh dari family so sahur sendirian berbuka pun sendirian. Nasib baik sahur tak kena makan lauk sejuk kalu tak memang meleleh air mata.

Pape pun, masih belum terlambat utk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan. Banyakkan amalan ye :D

Okay lah, tak boleh nak membebel panjang panjang, assignment masih belum complete sepenuhnya.

Love.



P/S : selamat berpuasa kpd incik meatball. semoga dikuatkan iman. maklumlah, kau dkt sana puasa plus minus around 17hours. dan, takde fav kita, kuih tepung pelita kat sana. hikhik, aku baru je mkn td, sedap weh! ahaha

20100808

Makan dan makan dan makan lagi

Halo. Another entry utk bayar 'hutang'. Okay, this time azie nak share pasal activity makan makan azie. Tak sume tempat makan azie pegi azie ambik gambar. Kalau teringat, ambik lah tp kalau dah lapar, sorry lah ye.

Dimulakan dgn yang nih. Masa nih, azie dgn classmate, aziha, kogila and awatif pegi mkn lunch kat Bintang Sidewalk Cafe, Cova Square. Actually dah selalu makan kat sini sebab murah and portion foodnya banyak. Kira berbaloi lah. Hari tuh azie makan nasi lemak dgn white coffee ice.



Then, mlm azie kurang sikit nak makan tp disebabkan housemate kalau nak makan mesti influence azie so adalah 2 mlm azie makan burger. Yang beli kat first stall tuh agak sedap compared to yang second stall. Gambar burger yang kat bawah nih azie beli kat second stall, beef special. Yang first stall nya burger lupa nak ambik. Hikhik.


Then, azie ada lepak kat starbucks buat assignments tp bkn makan kat situ lah. Kitaorang, azie, fannie and pooi kuan pegi makan kat restoran al-safa, area damansara gak. Kat sini pun azie dah pegi banyak kali sebab phat suka lepak sini. Tp sorry lah, azie lupa nak captured apa azie mkn mlm tuh, dah lapar sangat. Uhuhuh.


Then, azie ada gak pegi buat assignment dgn classmate, awatif and nicole kat McD bandar utama. Azie lapar masa tuh tp sebab tunggu watif punya pasal, azie pun takde lah beli burger konon nak mkn sama sama but at the end, azie cuma mkn ice cream je. McFlurry sedap tp bakas dia dah makin kecik plak. Tak puas makan, dah lah cost me around RM4++. Tak berbaloi betul, penat penat je jadi peminat setia. Sigh.


Then, bila boyfriend fannie pegi tournament kitaorang pun apa lagi. Merayap lah, ahaha. Bukan senang tau! Tp takde lah jauh sgt, pegi mkn mlm kat Pitstop dekat dgn Pelangi Appartment je. Actually first week sem pun dah pegi mkn kat situ tp cuma azie dgn fannie je tp kali nih pooi kuan pun join sekali. Picture yg kat bawah nih, kitaorang order lauk dgn nasi putih. Adalah tomyam, paprik ayam, kepak ayam dgn telur dadar. Tapi masa nih azie order bihun goreng dgn telur mata.


Then, sekali lagi azie ada pegi starbucks online. Habis class terus pegi so adalah classmate azie yg ikut, lynne. Online sampai starbucks dah nak tutup then pegi mkn kat KFC tesco. Azie mkn nasi ayam sebab tak tau nak makan apa. Eheheh.


Esoknya, azie pegi mkn lunch kat Cova Square lagi tp kali nih pegi mkn kat Bistro ntah apa ntah namanya. Azie mkn nasi goreng pattaya. Bistro nih served mamak food. Tak sedap langsung!! Rugi duit je mkn kat situ. So, no more next time.


Then, esoknya lagi balik dari class terus pegi makan kat dataran sunway, restaurant Jom Cari Makan. Azie order pineapple fried rice. Sedap!! Actually azie dah pernah order menu nih before this. Memang azie craving for that menu lah since dah lama tak makan tp still tak power mcm kat satu restaurant nih. Terletak kat seksyen 20, shah alam tp azie tak tau plak nama restaurant tuh. Hikhik


Then, azie pegi mkn kat Jom Santai, dataran sunway. Okay lah, not bad. Azie makan nasi goreng pattaya again sebab menu lain tak kena dgn tekak azie masa tuh so nak selamat order lah food yg berasaskan telur. Yang picture bwh sekali tuh pooi kuan punya, nasi goreng ikan masin.


Then, azie ada pegi makan kat sushi zanmai, OU. At first fannie nak pegi mkn kat sakae sushi tp azie pernah terbaca sakae sushi diragui status halal nya so kami pun tukar vanue. Azie tak ingat nama makanan azie (den bkn penggemar makanan jepun) tp azie mkn nasi dgn ayam yg dimasak dengan telur. Nasib baik sedap. Mau tak sedap, cost me RM17++ for one dish pastuh azie ada lah mkn sushi yg kat atas dia ada ikan tp bkn salmon. Tak tau nama apa. Yang bawah sekali tuh set dinner utk fannie. Tak rasa pun sebab tgk ikan dia banyak tulang, leceh nak mkn. Eheheh.

Akhir sekali, petang jumaat lepas habis kelas azie pegi makan dkt Kafe Idaman, seksyen 4 kota damansara. Nih second time mkn kat sini. Azie suka sebab sedap dan portion nya banyak. Kali nih azie order nasi goreng ayam merah dgn air horlicks. Ambik kau, tak habis azie mkn sebab banyak sgt. Eheheh. Nih biasa terjadi kat azie sebab azie mkn memang selalu tak habis. Yang third picture tuh, nasi azie, yg fourth and fifth tuh, pooi kuan dgn fannie nya. Dorang order sup ayam dgn daging masak kicap kot.


Azie rasa tuh je lah kot. Azie takde lah pegi mkn kat tempat tempat best ke, hotel ke. Tak sempat sebab rushing dgn assignments. Uhuhuh.


Love



P/S : maetball, aku dah takde hutang entry kat ko lg ek. nanti, kalau aku ada activity best, aku share lah kat sini atau aku citer kat email je lah.

20100807

New family :D



Halo! Hari nih I nak share pasal gath NFC ari tuh. To incik meatball, entry nih khas utk kau. Kot ye pun, tak payah lah memenuhkan email aku. Aku ingat 'hutang' aku, cuma aku busy sekarang nih. Oleh disebabkan event nih dah almost 2 weeks berlalu maka I nak mintak maaf awal awal kerana I dah tak berapa nak ingat every single thing yang happen on that day. Hikhik.

Event : NubhanFC 2nd Anniversary
Vanue : Hotel Grand Continental, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Date : July 24th, 2010
Theme Colour : White with any combination of colours

Okay, firstly I pegi event tuh dengan kak nora, sue and mia. Disebabkan sue ada paper pukul 12 hingga 2, maka kami pun tiba lambat ke destinasi. Dah lah lambat, boleh pulak kitaorg terlepas simpang sebab kami berempat tak tau hotel tuh kat mana. Then buat u-turn kat lorong haji taib tapi sedih sebab masih tak jumpa simpang then buat u-turn kat lorong ntah apa namanya (I bkn org KL okay) tembus kat menara Sime Darby then nampak simpang ke lokasi then sekali lagi terlepas lorong nak masuk ke hotel tuh, I mean lorong yang menghala ke parking maka berpusing lah kami buat kesekian kalinya. Bila sampai, terus register dan buat pembayaran dan dapat goodies bag dan terus pegi dkt seat. Thanks KT. Masa sampai tuh tgh tayangan gambar gambar kenangan time birthday nubhan, bowling friendly match and nubies camp-out diiringi lagu mata hati by nubhan. Apa yang I terlepas ialah bacaan doa, ucapan dari nubhan dan ucapan dari miss pressy NFC, kak moon. Kalau ada yg lain, I tak tau lah sebab I tgk kat agenda, tuh yang tertulis.

Then, majlis dimeriahkan dgn persembahan dari Epsilon. Epsilon nih dance group obviously from Malaysia, dorang more to k-pop dance (if am not mistaken coz am also didn't know about this group). Then, nubhan pula mengambil position nya dgn mendendangkan single terbaru beliau Aku atau Dia. I menghayati betul lagu nih sebab my fav song. Then, apa lagi, makan time!! I only ate bihun goreng and sejenis ikan yg disiram dgn sos berwarna kuning (again, if am not mistaken lah ikan and sos tuh I tak tau namanya apa) sambil dihiburkan dgn persembahan tarian apa ntah by an indian guy. Oh yah, my number which is 006 naik for lucky draw. I tgh sedap sedap makan tuh, hikhik, then org sebelah I which is mia pun lucky gak sebab selang sorang dari I je tetiba number dia pulak yg naik tp mia nya hadiah best sebab coklat, my fav. Yummy!! Tapikan, I tak ingat bila lucky draw tuh, sama ada before performance from nubh or the indian guy but for sure Rini AF7 yg sampaikan hadiah tuh. Btw, Rini datang sebagai rakan artis jemputan ye. Plus, nubh ada berduet dgn Rini lagu Aku Dan Dirimu sebelum Rini take over stage dgn lagu terbaru beliau. I tak ingat tajuk apa.

Then, sesi pemotongan cake (wajib!). AJK baru dan lama bergabung bersama sama nubh utk acara tersebut. Then, majlis diteruskan dgn game! Malang bagi I bila I yg terpilih for musical chair. Dah lah mereka mereka yg dipilih oleh nubh sumenya lebih 'comel' daripada I. Ish, kan best if mata I tak gatal pandang siapa jua pilihan nubh. Ceritanya begini, lepas acara pemotongan cake, cake tersebut dibahagi bahagi sesama kami, nubies dan malangnya mata I dgn tak sengaja terpandang nubh yg sedang berusaha memujuk salah seorang nubies utk bermain game then tetiba nubh pandang I. Dlm hati I dah agak, sama ada I atau mia yg akan kena and finally nubh dtg kat sblh I sambil main main rambut I (bak kata sue) lalu berkata "hye", then bingo! According to sue lagi, dia yg suruh nubh pilih I, uhuhu. Takpe lah, sekali sekala je pun. Ketika di atas pentas, KT dgn seronoknya menjerit "go azie!", wahahah I rasa mcm nak joget kat situ gak (meatball, you know what it means) dan kemudian I dgr kak moon pulak jerit "anak sape lah tuh" tp I tak sure kpd sape dia tuju membuatkan I rasa mcm nak turun dr stage tuh dah balik terus. Ahahah!

Oh, nak ckp, cake ari tuh sedap okay. Carrot cake with cheese topping from secret recipe. Then, habis game its time for performance from nubh. Its accustic time. Nubh sang three song which are menghitung hari 2 (anda band), now and forever (richard marx) and bila cinta (gio's version of LBS soundtrack). All nubies mcm terpukau when he sang bila cinta. It makes me in love with him more, you know!! Nantilah, I try dptkan all the videos then I'll share with you guys (am not promise yah). Then, another lucky draw and game. This time, mia punya turn tp her game lg mencabar sebab she need to goda nubh sampai nubh cair. Well done mia, walaupun you goda nubh mcm nak carik gaduh bak kata nubh. Ahahah.

Then, majlis diteruskan lagi dgn permintaan lagu daripada YB (ex-pressy of NFC) bertajuk Beri Rasa. Nih lagu yg terdapat dlm album nubh, masih belum keluar radio, kira mcm exclusive lah bagi nubies sebab dpt dgr live dr nubh (in terms of his album not release yet). Satu pasal nubh nih, kalau buat show selagi boleh dia mesti nak tarik his fans naik stage maka dgn itu, boleh dikatakan semua mantan mantan AJK ditarik sekali diketuai oleh YB sendiri. Siap berjoget joget lagi! Tokwan pulak, boleh main cak cak ye. Ahahha, adorable. Then sesi pelepasan nubh kpd nubies. I mean, sesi tandatangan dan sesi bergambar. I tak mintak pun his sign sebab I dah ada, just menyibuk kacau nubh sign for his fans. Then family photo's time!! Ntah sape lah yg bagi idea, pose 1 Malaysia, pose sambil buat muka terkejut dan mcm mcm lagi lah. Dan sesi bergambar sesama kami sendiri too.

Yang paling I suka bila kami berphotoshoot bersama abg nubh, abg bad. Theme nya, madu empat. Ahahah, kak nora, mia, sue and I. Abg bad sporting kot, sanggup melayan karenah adik adik yg giler camera (padahal abg bad pun sama). Then, nubh pun join kitaorg. Then, kemas kemas dah menghala ke parking. Masa nak turun dari parking tuh, boleh lah plak kitaorg berpusing dua tiga kali sebabnya I pun tak sure. Tapi okay gak lah, at least I dpt tgk kereta nubh. My fav car tuh, caldina. Blue colour lagik! Fuh, jealous jealous!! Ahahah, then on the way nak pegi mkn, boleh lah kitaorg tersalah lorong lagi! Kali nih, termasuk dlm lorong yg bertentangan. Muahahah, second time for me! Alhamdulillah, selamat berpatah balik semula ke lorong yg betul. Nih sume gara gara jakun melihat 'perempuan perampuan' di lorong haji taib lah nih :P Dan I rasa hari tuh merupakan hari tersalah lorong bg kami, never happen in my life tersalah lorong dgn begitu byk sekali dlm jangka masa tak sampai satu hari pun. Aahaha.

Then, pegi mkn kat Lala Seafood Restaurant, Kg Baru. Food was okay okay lah, mahal je lebih. Ceh, padahal time tuh dah kering sbb tuh ckp mahal kalau tak, sekali mkn dlm range RM20++ pun takpe. Eheheh. I dah tak ingat mkn apa tp nasi lah, tuh pun mia tolong bayarkan dulu. Thanks mia, kalau tak I tahan lah lapar sampai pagi. Bila dah habis mkn, abg bad and izwan plak dtg. Baru je dorang duduk kitaorg dah nak balik. Kesian, tp nak buat mcm mane, masing masing dah penat plus mengantuk. Then, salam salam dgn kakak kakak before heading back to shah alam. Dlm perjalanan tuh, mcm mcm lah citer I dgr dr kak nora and KT tp am not gonna to share it here. Lets keep it as our secret ^_* One more thing, I dapat gelaran baru yaw, kembar kak tira. So masa salam dgn kak tira, terus dia panggil I kembar, eheheh.

Kalau nak tgk gambar, sila lah ke FB mereka nih. Kak Harney, Kak Nora, Kak Ima dan yg paling best, Kak Yani sebab banyak gambar.

Bila majlis besar begini, memang tak sah lah kalau takde cacat cela tp yang paling tak best bila kecacatan tersebut datangnya dari pihak org lain. I mean, food for this time event memang menghampakan bukan saja I tp semua nubies kot. Bayangkanlah, event start pukul 3ptg, org of course lah lapar dan boleh lah plak pihak hotel sediakan makanan yg biasa biasa je. Mcm yg mak I selalu masak kat rumah. Eh, hello kami bayar anda okay! Masa I makan bihun pun almost nak basi atau dah basi pun. Atau AJK yg mintak menu mcm tu. Service I taknak comment lah, agak okay plus P.A system pun baik. I bknnya sekali dua pernah mkn kat hotel, dah berkali kali tp tak pernah lah kena mcm nih. Setakat food tak sedap tuh, biasalah. Ish, malas nak comment. Pape pun event tuh dah selamat. Bersyukur dgn apa yang ada, alhamdulillah.

Pape pun, I had wonderful evening that day. I started to 'love' the new family. Insyaallah, I'll join next activity. Fasting month activity actually :D Okay lah, I dah mengantuk. I tinggalkan korang dgn nih eh.





P/S : incik meatball, nanti aku email kau lah the pictures. kalau aku betul betul free lah eh, kalau tak kau kena tgk kat FB mereka mereka yg aku link. btw, pictures are courtesy by nubies. and sorry lah if ada story yg tertinggal, I pun dah tak ingat sangat. pastuh, kronologi citer tak semestinya apa yg I citer.

20100806

Busy


Halo! Ya Allah, rasa dah lama pulak tak update blog nih. Rindunya. Eheh, sorry lah, saya sgt busy sekarang. Assignment dah tak banyak tp nak mencari dan edit info tuh, adoih seksa rasanya. belum lg nak elaborate, berganda ganda rasa seksanya. Uhuhuh

Hari nih kena submit 1 assignment dan akan mendapat pulangan baru. Apa dia?? One more assignment is coming. Like duhhh!! Due date, on my final week. WTH betul lah! Sigh.

I need a massages badly. I need spa treatment badly :(

20100803

Mari berfikir sama sama


Halo! Latest news :D Obviously lah pasal ikon ku, Nubhan. Ehehe. Satu rakaman raya akan di adakan di Puchong pada July 10th, 2010 bersamaan dgn hari Selasa pada pukul 10 pagi. Specific place will be inform later.

Masalahnye, pada hari kejadian den ada class. Two classes wo. I repeat, TWO classes okay! Nak ponteng terasa sayang sebab den tgh byk assignments plus dah nak final but at the same time den nak pergi. Rindu nak masuk TV. The last time den masuk TV when I was 17 years old.

Help me! I wanna go but I don't want to miss the classes. Think azie think :(



P/S : i really hate when need to choose either one.

20100801

It's August baby!

Birthday shout to

Nur Amira Shakila


Happy birthday babe. May God bless you :D


Dan, semalam merupakan hari kejadian blog nih.


Happy Birthday!